Sunday, 6 January 2013

KENCING MANIS

Salam semua...
Apa khabar?
Cik Dhuha sihat sahaja. Buktinya tubuh Cik Dhuha agak tembam sedikit.
Tapi tak apa, janji Cik Dhuha boleh makan sedap-sedap setiap masa.
Cik Dhuha ada satu kebimbangan ni. Risau takut terkena kencing manis.
Kakak Cik Dhuha sudah desak pergi cek dengan doktor sama ada terkena penyakit itu ataupun tidak.
Ini kerana kakak Cik Dhuha telah merumuskan satu teori iaitu:

"Mak kita ada kencing manis! Oleh kerana bentuk tubuh kau  sama macam mak, malah cara kau makan pun sama macam mak( makan banyak!), kaki, hidung, rambut, semua ikut mak, jadi aku rasa kau mungkin ada kencing manis macam mak. Pergi cek cepat. Sebelum terlambat!"

Pada usia penghujung 23 tahun, di mana beberapa hari lagi nak masuk umur 24 tahun.... sangat menyedihkan jika Cik Dhuha benar-benar ada kencing manis.
Tak mau! Tak mau! Geleng kepala dengan laju.

sekian terimalah kasih ku ini( ringkasan dari 'terima kasih')
bye!!!





Monday, 12 December 2011

nGanTuk weh

Rasa mengantuk sangat ni.
Mata antara terbuka dan nak tertutup...
aduhai mengantuknya.... tapi aku kena siapkan cerita aku... tak lama lagi nak kena hantar, aku tak nak terlepas peluang keemasan nak kuarkan buku baru untuk pesta buku antarabangsa nanti...
aku nak berjaya...
aku tak boleh tidur lagi sebab aku nak berjaya...
aku nak jadi macam RAMLEE AWANG MURSHID...
ke aku kena makan something malam-malam buta ni untuk hilangkan rasa mengantuk...
karang mak ingat kucing pulak yang sedang membuka periuk nasi...

RAMLEE AWANG MURSHID, penulis novel yang paling aku minati selain aku meminati SITI NUR DHUHA iaitu diri aku sendiri.hehehehe....
Semua buku abang penulis ni aku beli dan aku selalu jatuh cinta dengan watak-watak rekaannya termasuk Ryu-Wanatabe.. Kalau boleh macam nak kahwin je dengan semua watak hero abang Ramlee... bergilir-gilirlah, ikut turn...hehehe, alah gurau sikit pun tak boleh.... huhuhu...

okeylah, nak sambung menulis...
tidur nombor dua, yang pertama perlu siapkan my new novel....

Saturday, 10 December 2011

SeDiKiT CeBiSaN DaRi KaRya TeRbArU kItER


Meskipun untuk satu saat...
Aku tidak tega kehilangannya...
Untuk cinta ini,
Aku lebih rela aku yang mati...
Demi lelaki yang aku cintai...
Nyawa aku tidak berharga berbanding nyawanya...
Aku mahu mati kerana lelaki yang aku cintai...

HaRi-hARI AkU tEnSiOn

Manuskrip oo manuskrip.. lu kasi wa pening la manuskrip...

Sebagai seorang Novelis yang merasakan dirinya sudah tua,
kemampuan aku untuk menulis dengan banyak kini sangat terbatas...
ini kerana menulis novel bukan semudah petik jari...

serabut betul kepala aku ni, kerja aku banyak, selain daripada kerja menulis aku kena jadi suri rumah sepenuh masa untuk uruskan rumah...
helo... i tak ada suami lagi okey, i kena jaga mak i...
i kena kemas rumah yang macam tongkang pecah ni.
i rasa i kena ambik orang gaji, ada tak sesiapa nak berkhidmat di rumah i secara percuma?
kalau ada, sila email ke.... sayabergurauje@gmail.com....